SHAH ALAM - Sebanyak 2,234 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Ahad dengan dua daripadanya merupakan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak dua kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan, menjadikan jumlah kematian dalam negara kini 36,548 kes.