Danish Dynamite sedia gempur Qatar 2022

Iklan
Eriksen

PENYERANG kelab Bundesliga Jerman, RB Leipzig, Yussuf Poulsen dan Christian Norgaard dari Brentford disenaraikan dalam skuad Denmark untuk Piala Dunia 2022.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan pengendali Denmark, Kasper Hjulmand apabila menambah lima pemain terakhir dalam barisan Danish Dynamite bagi mengharungi kempen pusingan akhir di Qatar tersebut.

Iklan
Iklan

Penjaga gol Union Berlin, Frederik Ronnow, Alexander Bah dari Benfica dan pemain tengah Hoffenheim, Robert Skov juga telah dipilih untuk melengkapkan senarai Hjulmand selepas mendedahkan 21 pemainnya minggu lalu.

"Saya gembira skuad Piala Dunia 2022 Denmark yang kini telah lengkap.

Iklan

"Kini kami tidak sabar untuk berkumpul dan menjalani latihan seminggu sebelum perlawanan pertama,” kata Hjulmand.

Kapten Simon Kjaer dan perancang sensasi Manchester United, Christian Eriksen, yang telah pulih sepenuhnya daripada serangan jantung di Copenhagen semasa Euro 2020, adalah antara pemain yang termasuk dalam pengumuman awal skuad.

Iklan

Denmark, yang beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia untuk kali keenam, memulakan kempen menentang Tunisia di Stadium Education City pada 22 November sebelum menentang juara bertahan Perancis empat hari kemudian.

Danish Dynamite melengkapkan komitmen fasa kumpulan pada 30 November apabila bertemu Australia.

Pencapaian terbaik pasukan dari Scandinavia ini adalah ketika menjulang kejuaraan Euro 1992 selepas menewaskan Jerman dalam perlawanan akhir di Sweden.

SKUAD PIALA DUNIA QATAR 2022 DENMARK

Penjaga gol: Kasper Schmeichel (Nice), Oliver Christensen (Hertha Berlin), Frederik Ronnow (Union Berlin).

Pertahanan: Simon Kjaer (AC Milan), Joachim Andersen (Crystal Palace), Joakim Maehle (Atalanta), Andreas Christensen (Barcelona), Rasmus Kristensen (Leeds United), Jens Stryger Larsen (Trabzonspor), Victor Nelsson (Galatasaray), Daniel Wass (Brondby), Alexander Bah (Benfica), Christian Norgaard (Brentford).

Pemain tengah: Thomas Delaney (Sevilla), Mathias Jensen (Brentford), Christian Eriksen (Manchester United), Pierre-Emile Hojbjerg (Tottenham) Robert Skov (Hoffenheim).

Penyerang: Martin Braithwaite (Espanyol), Andreas Cornelius (Copenhagen), Mikkel Damsgaard (Brentford), Kasper Dolberg (Sevilla), Jesper Lindstrom (Eintracht Frankfurt), Andreas Skov Olsen (Club Brugge), Jonas Wind (Wolfsburg), Yussuf Poulsen (RB Leipzig).