Nyaris maut kereta terjunam ke Sungai Gombak

Iklan
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan 'whinching' jentera bomba dan penarik kereta untuk menarik kenderaan itu keluar. (Kanan: Kereta jenis Honda City milik mangsa yang terjunam ke dalam Sungai Gombak.) - Foto Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Gombak di Jalan Kuching, awal pagi tadi.

Mangsa yang memandu kereta Jenis Honda City itu dilaporkan sempat keluar menyelamatkan diri dalam kejadian di hadapan Menara UOB kira-kira jam 5.45 pagi itu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber dari Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 5.49 pagi.

Kenderaan mangsa rosak teruk akibat insiden tersebut. - Foto Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

"Sepasukan pegawai dan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed tiba di lokasi pada jam 5.56 pagi dan mendapati mangsa berusia 22 tahun itu sudah keluar dari kenderaannya.

Iklan

"Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kiri. Siasatan awal mendapati sebelum insiden mangsa gagal kawal kenderaan lalu jatuh ke dalam sungai terbabit," katanya.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 45 minit dengan menggunakan 'whinching' jentera bomba dan penarik kereta untuk menarik kenderaan itu keluar. (Kanan: Kereta jenis Honda City milik mangsa yang terjunam ke dalam Sungai Gombak.) - Foto Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

Sumber berkata, kedalaman air ketika kejadian dianggarkan lebih satu meter dan bomba mengambil masa kira-kira 45 minit menggunakan 'whinching' jentera bomba dan penarik kereta untuk menarik kenderaan itu keluar.

Iklan

"Operasi selesai sepenuhnya pada jam 7.30 pagi dengan kekuatan 13 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Hang Tuah serta lima anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Lumpur," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, hasil soal siasat mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Sri Sina, Segambut menghala ke pusat bandar untuk berjumpa dengan kawan.

"Mangsa yang memandu di lorong tengah hilang kawalan sebaik tiba di lokasi dan melanggar bahu jalan sebelah kiri. Bahu jalan itu tidak mempunyai pengadang menyebabkan kereta mangsa terjunam ke dalam sungai.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu calar di tangan kiri dan belakang badan. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.