MALAM tadi dalam aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil antara Malaysia dan Vietnam sudah tercatat keputusan seri 2-2.
Semangat juang pemain Harimau Malaya mengikat kedudukan selepas ketinggalan 2-0 pada aksi separuh masa pertama wajar mendapat pujian.
Aksi 90 minit, ditolak masa tambahan, sungguh mendebarkan!
Namun dalam aksi yang mengusik jiwa penyokong Malaysia atau kini digelar Ekor Harimau Malaya, ada situasi yang boleh dikatakan:"Kau ni tak ada otak ke?"
Sudah terang mengatakan stadium adalah kawasan larangan merokok, namun ada yang buat-buat tak faham dan mudah kata, tak reti bahasa!
Kalau merokok di luar stadium, boleh lagi dimaafkan walaupun tetap salah, tapi ini berlaku di dalam stadium!
Sejam sebelum sepak mula lagi, skrin besar dalam stadium sudah memaparkan stadium adalah kawasan larangan merokok.
Penuh papan tanda amaran di setiap lorong.
Penyokong yang selesa di atas kerusi terpaksa menghidu asap rokok yang dihembuskan tanpa bertimbang rasa.
Bila ditegur, perokok tegar ini buat muka.
Tidak puas hati kononnya. Lagak seperti tidak bersalah!
Hormatlah orang lain di dalam stadium.
Mereka datang mahu menyaksikan perlawanan bola sepak. Mahu menyokong Harimau Malaya beraksi di laman sendiri.
Namun secebis hormat langsung tiada dalam diri si perokok tegar.
Betul la selalu orang cakap,"biar muka buruk, jangan buruk perangai!"