PRU15: Helikopter logo bulan sedia bertempur

Iklan
Helikopter yang dibina secara bergotong-royong di Bachok untuk bangkit semangat orang ramai keluar mengundi. Gambar kecil: Johan

BACHOK - Semangat juang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkobar-kobar ditonjolkan anak-anak muda di Kampung Budi di sini menerusi pembinaan replika helikopter tempur.

Ahli Pemuda Pas Kota Bharu, Johan Jaffar, 39, berkata, pembinaan dilakukan secara bergotong-royong lebih 20 belia di kawasan kampung berkenaan diketuai bekas jurutera elektrik, Damsari Abdullah.

Iklan
Iklan

"Ditambah pula dengan bilah kipas yang berfungsi melalui litar elektrik dibuat oleh Damsari yang juga penduduk di kampung ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Johan, proses pembinaan replika helikopter terbabit bermula tiga minggu lalu dan akan dimasukkan lima tempat duduk di dalam pesawat itu.

Iklan

"Kos pembinaan mencecah hampir RM2,000 yang disumbangkan melalui kutipan individu persendirian dan orang kampung.

"Tujuannya untuk membangkitkan semangat para pengundi keluar mengundi pada 19 November nanti bagi menentukan kerajaan yang betul mentadbir negara,” katanya.

Iklan

Tambah pekerja kilang itu, replika helikopter berlogo bulan tersebut akan dibawa berarak di sekitar kampung pada malam sebelum hari mengundi.

Dalam pada itu, dia turut mengharapkan pemimpin yang akan dipilih pada PRU15 nanti adalah yang berjiwa rakyat dan menjaga kebajikan semua.