PETALING JAYA - Orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pada Isnin diminta untuk tampil membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes kemalangan itu pada jam 6.33 pagi.
Iklan
Iklan
"Siasatan awal mendapati, sepasang suami isteri dan lima orang anak menaiki sebuah kereta kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari arah utara hendak pulang ke rumah di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, ketika tibadi lokasi kejadian, kereta tersebut melanggar bahagian belakang lori yang sedang bergerak perlahan di lorong sebelah kiri.
"Kesemua mangsa yang cedera pula telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Rina Murniza Ibrahim di talian 013-9738580 bagi membantu siasatan," katanya.