PRU15: Pembangunan, pelancongan Kuala Kedah keutamaan Mashitah

Iklan
Mashitah (dua dari kiri) semasa turun beramah mesra bersama peniaga di Pasar Malam Tandop, Kuala Kedah.

KUALA KEDAH - Perubahan dan pembangunan perlu dibawa ke Kuala Kedah yang dilihat berpotensi menjadi hub pelancongan di Kedah sekali gus membantu meningkatkan pendapatan rakyat yang majoritinya menyara hidup sebagai nelayan, peniaga dan bekerja sendiri.

Calon BN di Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, Terminal Jeti Kuala Kedah terkenal kerana menjadi tumpuan pelancong untuk ke Pulau Langkawi.

Iklan
Iklan

Walaubagaimanapun, disebabkan oleh tiada pembangunan baharu di Kuala Kedah, orang ramai menjadikan Kuala Perlis sebagai pilihan utama untuk ke pulau pelancongan itu.

"Kuala Kedah memerlukan satu perubahan yang menyeluruh dan ia perlu disusun balik kerana terlalu banyak aset-aset yang dibiarkan.

Iklan

"Contohnya, Jeti Kuala Kedah sering menjadi tumpuan orang yang hendak ke Langkawi tetapi tiada pembangunan baharu membuatkan orang ramai pergi ke Kuala Perlis untuk menaiki feri di sana," katanya pada sidang akhbar di Taman Restu, Batas Paip dekat sini.

Mashitah berkata, jika BN diberi mandat menang di Parlimen Kuala Kedah, perkara pertama akan dilakukannya adalah menaik taraf terminal jeti yang baharu dan diberi nama 'Dataran Putra' sempena nama Ahli Parlimen pertama Kuala Kedah, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga Perdana Menteri pertama.

Iklan

Menurutnya, kawasan parkir bertingkat perlu dibina berhampiran terminal jeti bagi mengatasi kesesakan jalan raya serta kekurangan kawasan untuk parkir kereta.

"Kuala Kedah juga terkenal dengan makanan yang menarik dan enak namun peniaga yang ditemui menyuarakan mereka tiada tempat khusus untuk berniaga sehingga ada yang terpaksa berniaga di kaki lima jalan.

"Sebab itu, kita mahu membangunkan dan sediakan satu platform seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan bagi memudahkan peniaga menjual barangan mereka," ujar beliau lagi.

Tambahnya, golongan nelayan juga muncul antara kelompok yang perlu diberikan keutamaan kerana mereka hanya bergantung kepada pendapatan hasil laut sahaja.