PRU15: Calon GTA bantah projek kediaman di Bukit Dinding

Iklan
Bibi Sunita (empat dari kanan) bersama wakil penduduk setempat yang membantah pembangunan projek perumahan di kawasan Bukit Dinding.

KUALA LUMPUR - Calon Gerakan Tanah Air (GTA) di Parlimen Setiawangsa, Bibi Sunita Sakandar Khan menyokong tindakan penduduk yang membantah pembangunan di kawasan Bukit Dinding di Setiawangsa.

Beliau berkata, pembinaan dua blok kediaman 26 tingkat di Bukit Dinding antara isu yang membelenggu penduduk di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Penduduk setempat tidak setuju kawasan itu dibangunkan untuk pembinaan dua blok kediaman 26 tingkat yang mendapat kelulusan selaras dengan pelan susun atur yang diluluskan pada 2018.

"Sekarang ini musim tengkujuh saya khuatir sangat akan berlaku sekali lagi seolah-olah macam Highland Towers dan akan menjejaskan masyarakat sekeliling,” katanya mengulas mengenai Program ‘Selamatkan Bukit Dinding’ ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Bibi Sunita yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun sebagai aktivis masyarakat itu yakin penduduk sekitar sangat prihatin dengan situasi semasa terutamanya berkaitan alam sekitar.

"Saya kira masyarakat sangat prihatin sebab ia menyebabkan 'enviroment nature', melibatkan banyak binatang liar terpelihara dan kalau tempat itu dimajukan atau dibangunkan, apa jadi dengan masyarakat dan 'nature'," soalnya.

Iklan

Sehubungan itu, beliau berkata, sebagai calon GTA yang menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) beliau menyokong pendirian penduduk yang menolak pembangunan di Bukit Dinding.

"Bagi pencinta alam, sekitar Bukit Dinding adalah antara lokasi yang akan dilawati. Kalau bukit itu ditarah untuk pembinaan pembangunan, apa lagi yang tinggal di kawasan ini.

"Pendirian saya selaku calon PRU15 di Parlimen Setiawangsa, selaras dengan latar belakang saya selaku aktivis masyarakat dan saya adalah pencinta alam semula jadi, tak bolehlah kacau Bukit Dinding ini.

"Pada hari ini, selaku calon di Setiawangsa ini, saya berhak untuk bersuara mewakili penduduk dan masyarakat di Setiawangsa, khususnya mereka yang ada di sekeliling Bukit Dinding dan khususnya pencinta alam semula jadi," katanya.

Tambahnya, Setiawangsa dikenali kerana Bukit Dinding yang mempunyai keunikannya yang tersendiri dan merupakan tempat beriadah dan rekreasi untuk anak-anak muda, masyarakat setempat serta warga emas.