BIZfibre daripada Astro, penghala WiFi-6 berkelajuan tinggi untuk PKS

Iklan
Dari kiri: Alvin, Euan, Christopher, Jawahar, Saravanan dan Kevin ketika majlis pelancaran jalur lebar baharu, BIZfibre baru-baru ini.

Dari kiri: Alvin, Euan, Christopher, Jawahar, Saravanan dan Kevin ketika majlis pelancaran jalur lebar baharu, BIZfibre baru-baru ini.

PETALING JAYA - Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) memperkenalkan perkhidmatan jalur lebar generasi terbaharu, BIZfibre yang disasarkan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), di sini baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan terbaharu itu didatangkan dengan penghala WiFi-6 yang menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi sekali gus memberikan kestabilan kepada para usahawan PKS.

BIZfibre yang dijana oleh Astro Fibre merupakan pelengkap kepada Pek TV komersialnya menawarkan siaran sukan secara langsung, rangkaian rancangan TV terbesar, filem-filem pecah panggung dan berita terkini.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith berkata, syarikat hiburan dan penyedia kandungan itu bercita-cita untuk bekerjasama dengan PKS dengan menawarkan penyelesaian sambungan, hiburan sehenti melalui WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang 100 peratus sah.

"Melalui maklum balas daripada pelanggan dan prospek komersial, kami telah merangka pelan BIZfibre untuk meningkatkan prestasi perniagaan melalui capaian sambungan lebih pantas, lebih dipercayai dan stabil,” katanya pada pelancaran jalur lebar baharu itu di sini.

Iklan

Hadir sama, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali dari Restoran Ali Maju; Pengarah Pemasaran Kumpulan The Olive Tree, Alvin Sinclair; Pengurus Operasi Kanan The Olive Tree Group, Saravanan dan Pengurus Besar Hotel Le Meridien Petaling Jaya, Christopher Moore.

Euan Smith menjelaskan, produk terbaharu itu dipilih dengan rangkaian pakej nilai tambah yang memenuhi semua keperluan komersial tanpa mengira saiz atau industri.

Beliau yakin BIZfibre akan menjadi sumbangan penting kepada pertumbuhan jalur lebar dan pangkalan pelanggan komersial Astro.

Sempena pelancaran BIZfibre, Astro menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran serta Pek VIP Plus didatangkan 70 saluran dilengkapi semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia FIFA Qatar 2022 termasuk siaran sukan secara langsung menarik seperti Liga Perdana, La Liga Ligue 1 serta Serie A, Formula 1, UFC dan NBA.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati kandungan menarik Astro Originals iaitu One Cent Thief, rancangan antarabangsa premium seperti Star Trek: Short Treks S1 dan The Roundup (akan datang pada 26 November) dan kegemaran tempatan seperti Gegar Vaganza Musim 9, dilengkapi dengan pilihan kelajuan jalur lebar sama ada 500 Megabit sesaat (Mbps) atau 800Mbps secara percuma sehingga 24 bulan. Jalur lebar percuma sehingga 24 bulan disertakan dengan langganan TV komersial VIP baharu.

Sementara itu, Ketua Bisnes Perusahaan Astro, Kevin Ng berkata, pelanggan juga diberi kebebasan untuk menayangkan lima kandungan sukan berbeza secara serentak hanya pada harga RM1,959 sebulan.

Beliau menambah, BIZfibre juga disediakan secara sendiri dengan menawarkan Internet tetap tanpa had berkelajuan 500Mbps hingga 800Mbps masing-masing pada harga RM239 dan RM299 sebulan.

"Ia dilengkapi penghala WiFi-6 terbaharu untuk menjamin keperluan rangkaian pelanggan komersial yang semakin meningkat serta satu unit WiFi Mesh percuma.

"Produk terbaharu ini adalah untuk mengatasi isu sambungan seperti liputan lemah dan terhad, titik mati Internet serta kelajuan tidak konsisten.

"Pelanggan boleh menambah langganan WiFi Mesh dengan harga serendah RM10 sebulan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh layari di sini untuk mendaftar.