PRU15: Pas yakin menang 8 kerusi Parlimen di Terengganu

Iklan
Ariffin Deraman

KUALA TERENGGANU - Berbaki empat hari lagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pas menaruh keyakinan tinggi dapat memenangi semua lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada 19 November nanti.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, daripada jumlah itu, empat kerusi iaitu kubu kuatnya di Parlimen Marang selain Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus dianggap sudah berada dalam genggaman Pas.

Iklan
Iklan

Menurutnya, baki empat kerusi Parlimen lagi iaitu Kemaman, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu disifatkan sebagai agak sengit namun yakin parti itu mempunyai peluang serta potensi lebih cerah dari pihak lawan.

"BN juga nampak tidak bersungguh hadapi pilihan raya kali ini. Kita lihat pos (markas) pun ada buka sekejap kemudian tutup, ceramah pun tak ada sangat seperti Pas," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Iklan

Ariffin berkata, Pas juga memanfaatkan perkembangan teknologi dengan memastikan setiap ceramah yang diadakan disiarkan secara langsung melalui media sosial seperti Facebook dan TikTok sebagai kemudahan kepada penyokong parti itu.

Katanya, usaha itu dilakukan kerana masyarakat kini terutama golongan muda lebih gemar menonton ceramah secara 'live' di rumah.

Iklan

Dalam PRU15, tujuh kerusi Parlimen Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang dan Kemaman menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Pertarungan itu melibatkan calon dari Perikatan Nasional (PN), BN, Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Hanya Parlimen Dungun melibatkan lima penjuru apabila seorang peguam, Ghazali Ismail menawarkan diri bertanding sebagai calon bebas di kerusi tersebut.