Bilangan mangsa banjir meningkat hampir 3,000 orang

Iklan
Tangkap layar kenyataan Nadma pada Isnin.

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 2,914 orang melibatkan enam negeri iaitu di Johor, Kelantan, Melaka, Perak, Pulau Pinang dan Selangor setakat jam 12 tengah hari pada Isnin.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 904 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan sedang berlindung di 31 pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, sehingga jam 3 petang pada Isnin bacaan di empat sungai berada pada paras bahaya.

"Ia melibatkan Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru: Long Jegan, Miri, Sarawak; Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dan Sungai Melaka di Batu Hampar, Melaka Tengah.

Iklan

"Selain itu, terdapat enam sungai yang mempunyai bacaan air di tahap amaran antaranya Sungai Triang, Bera, Pahang; Long Teru, Miri, Sarawak; Marudi, Miri, Sarawak dan Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2.30 petang telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan bagi tempoh 15 hingga 21 November ini.

Iklan

Ujarnya, berdasarkan analisis model cuaca, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kebanyakan tempat di pedalaman dan barat Semenanjung, utara Sarawak serta barat Sabah terutamanya pada sebelah petang hingga malam sepanjang tempoh ramalan.

"MetMalaysia pada Isnin juga telah mengeluarkan ramalan cuaca bagi 19 November 2022, hari berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Untuk maklumat lanjut, ramalan ini boleh didapati di laman web MetMalaysia pada pautan https://www.met.gov.my/info/pru15/,” katanya.