Didakwa dedah kertas undi, Prabakaran beri penjelasan

Iklan
Prabakaran

KUALA LUMPUR - Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Batu, P Prabakaran tampil memberikan penjelasan berhubung hantaran di akaun Instagramnya yang mendedahkan gambar dipercayai kertas undi bagi kawasan tersebut.

Penyandang kerusi Parlimen Batu itu berkata, pihaknya tidak memuat naik gambar berkenaan sebaliknya ia dikongsi semula secara tidak sengaja oleh pengendali akaun sosial medianya daripada hantaran pengguna lain.

Iklan
Iklan

"Pengendali (sosial media) saya itu kongsikan apa yang orang tag saya. Jadi apabila ada satu orang ini (pengguna) yang buat hantaran itu, pengendali saya tersilap kongsikan tanpa pengetahuan.

"Lepas kita tahu, kita padam (turunkan dari sosial media) terus. Itu sahaja. Tapi kita tidak pernah bongkarkan apa-apa kertas undi,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya, di sini, pada Isnin.

Iklan

Calon Bebas Parlimen Batu, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali Siti Kassim pada Isnin berkongsikan tangkap layar hantaran di akaun Instagram Prabakaran yang mendedahkan kertas undi bagi kawasan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kesediaan untuk memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan dan mengakui maklum akan kesalahan tindakan itu.

Iklan

"Saya tengah bincang dengan peguam saya macam mana. Sebab itu bukan kesalahan kita, kita tidak muat naik apa, orang lain yang muat naik tapi pengendali sosial media saya tersilap kongsi, itu sahaja

"Kalau kita yang muat naik, memang salah di bawah undang-undang,” ujarnya.

Untuk rekod, tindakan berkongsi atau mendedahkan kertas kertas undi merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.