PRU15 bukan medan permusuhan

Iklan
Ahmad Marzuk (kanan) berlawan catur dengan Faris Iqbal (kiri) di Akademi Catur Ariez Azman di Chempaka, Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU - Tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah medan untuk rakyat bermusuhan-musuhan.

Itu peringatan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkait insiden perang mulut dan maki hamun yang tercetus antara penyokong dua parti dalam satu program ceramah di Bagan Datuk, Perak pada petang Ahad.

Iklan
Iklan

Beliau mengingatkan penyokong dan pendukung mana-mana parti politik supaya menghormati proses demokrasi yang dijalankan di negara ini.

"Ini proses untuk memilih pemimpin. Selepas PRU kita akan berkawan seperti biasa dan berukhuwah,” katanya ketika ditemui selepas Program Ziarah Atlet Paralimpik Catur di Akademi Catur Ariez Azman di Chempaka, di sini, pada Isnin.

Iklan

Atlet-atlet tersebut ialah Norazlin Juarih, 42, yang memenangi perak kategori individu dan emas kategori berpasukan bersama Faris Iqbal Ahmad, 20, di Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 pada 6 November lalu.

Ahmad Marzuk berkata, keharmonian dalam kalangan masyarakat di negara ini perlu dipelihara lebih-lebih lagi bagi umat Islam yang seharusnya mempunyai sifat toleransi tinggi serta persaudaraan yang erat.

Iklan

Ahmad Marzuk yang juga calon Pas bagi Parlimen Pengkalan Chepa itu bagaimanapun menyifatkan suasana kempen PRU15 setakat ini tenang berbanding PRU lalu.

"Tiada pergaduhan melampau dan keadaan positif ini harus kekal sehingga habis PRU.

"Masing-masing tetap perlu memperjuangkan ideologi. Tidak ada istilah perlawanan persahabatan, PRU hanya boleh menang satu sahaja, tak boleh dua,” katanya.