Banjir di Kampung Sri Gambut

Iklan

Keadaan rumah seorang penduduk di Kampung Sri Gambut, Pontian, yang masih digenangi air sehingga paras pinggang ekoran banjir yang melanda kampung itu sejak petang semalam.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Johor dan Perak merekodkan peningkatan pagi ini, Selangor dan Pulau Pinang pula menunjukkan penurunan manakala Melaka kekal dengan 41 orang.

Iklan
Iklan

Di Pontian, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Melayu Raya kekal seramai 17 orang manakala di daerah Kulai, pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Baru Sengkang menempatkan 139 mangsa dan Dewan Raya Kampung Murni Jaya pula menempatkan 19 individu. - Foto Bernama