Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah: PM

Iklan
Ismail Sabri ketika sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Tapak Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) 2022 di Presint 18, Bandar Putrajaya hari ini. - Foto Bernama -- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau tidak tahu-menahu tentang sebarang perjanjian melibatkan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk jawatan dalam kabinet sekiranya BN tubuh kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, ketika ini timbul pelbagai cerita yang ‘bukan-bukan’ menjelang hari pengundian pada 19 November ini.

Iklan
Iklan

"Kadang-kadang setengah orang main sebut nama sahaja, tetapi tidak ada pun tawaran tersebut tapi kerana tidak ada sesiapa yang ada (pada) waktu itu, mungkin jadi dia main sebut. Sekarang ini macam-macam cerita yang bukan-bukan timbul,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan berkenaan Anifah dijanjikan jawatan dalam kabinet oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi sekiranya BN menang pada PRU15.

Iklan

Justeru, Ismail Sabri berkata, perkara itu tidak boleh dianggap benar kerana dirinya sendiri tidak tahu berkenaan dakwaan tersebut.

"Jadi tidak perlu kita ambil itu sebagai satu cerita yang dianggap benar. Saya pun tidak tahu,” katanya.

Iklan

Baru-baru ini media melaporkan Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) dalam majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) dua hari lepas, membuat pendedahan mengenai tawaran itu sebagai balasan tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon UMNO. - Bernama