UUM dinaiki air selepas empat jam hujan

Iklan
Anggota APM Kubang Pasu memeriksa paras air di kawasan perumahan di Sintok dan Jalan UUM pada Isnin. - Foto APM

SINTOK - Dua kawasan perumahan di Sintok dan Jalan Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini dinaiki air sedalam 0.5 hingga satu meter selepas hujan lebat lebih empat jam namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 6 petang pada Isnin.

Ketua Bahagian Sekretariat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Sintok diminta supaya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.