KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bersama timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain menunaikan solat hajat dan membaca surah Yasin di Bukit Aman pada Isnin bagi mendoakan keselamatan para petugas PDRM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketibaan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman pada jam 12 tengah hari itu diiringi Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Sri Azri Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.