KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi malam ini dengan dagangan satu lot, bernilai RM70,736.
Peniaga Phillip Capital Sdn Bhd, Edison Lai berkata, emas COMEX, bagaimanapun susut lebih rendah pada Isnin apabila dolar meningkat selepas Gabenor Rizab Persekutuan AS (Fed AS) Christopher Waller memberi amaran kepada pasaran bahawa bank pusat itu tidak akan mengurangkan usahanya dalam menentang inflasi.
Iklan
Iklan
"Harga emas dijangka memperlahankan momentum kenaikan apabila pegawai Fed AS mengulangi pendiriannya bahawa kenaikan kadar faedah selanjutnya diperlukan bagi mengawal inflasi," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas Bursa Malaysia untuk bulan semasa November 2022 berada pada AS$1,768.40 setiap auns troy.
Sementara itu, kesemua kontrak Disember 2022, Januari 2023, Februari 2023, April 2023 dan Jun 2023 berjumlah US$1,783 setiap auns troy.
Harga emas fizikal berada pada US$1,759.35 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh LBMA PM Fix pada 11 Nov, 2022. - Bernama