PRU15: Tangani segera masalah hutang negara

Iklan
Ahmad Jufliz menjadi panel dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Jangan Harap Pengundi Muda’ disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

SHAH ALAM - Masalah hak asasi manusia dan rasuah boleh diselesaikan secara serta-merta sekiranya negara dibebaskan daripada belenggu hutang.

Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Parlimen Sungai Buloh, Ahmad Jufliz Faiza berkata, isu hutang negara yang telah mencecah sebanyak RM1 trilion pada ketika ini merupakan antara masalah besar yang perlu ditangani segera bagi memulihkan pertumbuhan ekonomi negara ini.

Iklan
Iklan

"Masalah yang penting hari ini adalah kita hidup berhutang. Sistem ekonomi kita adalah sistem ekonomi hutang.

"Kalau kita lihat juga bekalan wang dalam dasar monitari, semua itu adalah pinjaman sama ada sijil pelaburan (investment certificate) atau bil perbendaharaan (treasury bill),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Sinar Live yang bertajuk ‘Jangan Harap Pengundi Muda’ disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Isnin.

Program yang dihoskan Fahiz Ariff itu turut menampilkan calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Lipis, Aishaton Abu Bakar dan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Raub, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim.

Iklan

Dalam pada itu, Ahmad Jufliz berkata, pengundi muda pada masa kini lebih mengambil berat soal ekonomi berbanding isu-isu lain seperti parti mana yang akan memimpin atau siapa menjadi Perdana Menteri.

"Pada saya, (isu ekonomi) ini penting. Apa yang kita bincang hari ini, soal duit tidak cukup, kita berhutang banyak, inflasi meningkat sejak berlakunya perang Ukraine-Rusia, harga barang naik.

"Jadi ini yang kita nak beritahu pada pengundi muda bahawa ada jalan keluar,” ujarnya.