Maut selepas terjatuh ketika rakam swafoto

Iklan
Seorang pemuda terjatuh dari kawasan berbatu ketika merakamkan swafoto di Rio de Janeiro baru-baru ini. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO - Seorang pemuda berusia 33 tahun, Oliveira Rodrigues Dias meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian hampir 12 meter (m) ketika merakamkan swafoto di Brazil baru-baru ini.

Diaz yang bekerja sebagai penganalisis logistik terjatuh dari kawasan berbatu menghadap pantai Joatinga di Rio de Janeiro.

Iklan
Iklan

Dia meninggal dunia selepas kepalanya terhantuk pada batu setelah terjatuh dari ketinggian tersebut.

Ibunya, Luiza Rodrigues, 60, berkata pada waktu pagi dia telah menandatangani kontrak dengan syarikat yang dia mahu bekerja.

Iklan

Justeru, dia keluar dengan seorang kawannya untuk meraikannya di pantai.

Anggota- anggota bomba telah dihantar ke tempat kejadian tetapi mengesahkan pemuda tersebut meninggal dunia.

Iklan

Helikopter digunakan untuk mengeluarkan mayatnya dari tempat kejadian.

Diaz ialah graduan Federal University of Rio de Janeiro.

Ibunya memberitahu media tempatan: bahawa Diaz ialah anak tunggal.

Bapanya, Jonas Diaz berkata, anaknya meninggal dunia terlebih dahulu daripadanya.

Menurutnya, sepatutnya setiap anak lelaki perlu mengebumikan bapanya dan bukan bapa yang mengebumikan anaknya. - Agensi