Penunggang motosikal hampir maut langgar lori simen terbabas

Iklan
Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas apabila sebuah lori simen tiba-tiba terbalik di hadapannya.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila sebuah lori simen dari laluan bertentangan secara tiba-tiba terbabas di hadapan motosikal ditungganginya di Persiaran Pulau Lumut, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima laporan kemalangan terbabit pada jam 11.17 pagi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku semasa lori yang membawa muatan simen (buyung) sedang bergerak masuk susur sebelah kiri dari arah Persiaran Mokhtar Dahari.

"Lori berkenaan hilang kawalan dan terbabas masuk ke haluan bertentangan disebabkan keadaan jalan susur yang sedikit menurun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Iqbal berkata, mangsa yang sedang bergerak lurus dari arah bertentangan terlanggar bahagian belakang lori simen yang sudah terbalik itu.

Sehubungan itu, beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Riduwan Hamidi di talian 011 26928229.

Iklan

"Kedua-dua mangsa yang terlibat kemalangan hanya mengalami kecederaan luka di bahagian anggota badan dan menerima rawatan di hospital terdekat.

"Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59," katanya," ujar beliau.