PRU15: 31,291 pengundi awal di Perak

Iklan
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan (dua dari kiri) antara anggota polis yang menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari pengundian awal di Kompleks Latihan dan Sukan Kontinjen Perak, Jalan Pasir Puteh, di sini pada Selasa.

IPOH - Seramai 31,291 anggota polis dan tentera terlibat dalam pengundian awal di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah itu seramai 12,215 warga polis manakala 19,076 warga tentera.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 72 pusat mengundi dibuka dengan 122 saluran melibatkan 54 premis polis dan 18 premis tentera.

"Seramai 1,131 orang anggota terlibat dalam melancarkan proses pengundian awal di Perak hari ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh di sini pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, seramai 1,641 orang pengundi awal akan mengundi di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh, di sini membabitkan lima saluran.

Mohd Yusri berkata, tiada mana-mana pusat mengundi bagi pengundian awal di negeri ini yang terjejas akibat banjir.

Iklan

Sementara itu, SPR Perak memaklumkan sehingga jam 10 pagi, sebanyak 27.92 peratus sudah keluar mengundi.