[VIDEO] PRU15: Undi awal di IPK Johor berjalan lancar

Iklan
Kamarul Zaman menunjukan jari yang telah dicelup dakwat kekal sebagai tanda selesai melakukan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Dato Onn, IPK Johor pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Proses pengundian awal melibatkan pegawai dan anggota di Dewan Dato Onn, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada pagi Selasa berjalan lancar.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat hadir melaksanakan tanggungjawab dalam memilih wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Johor Bahru di dewan tersebut kira-kira jam 8.50 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, semua 63 pusat undi awal yang dibuka di negeri ini berjalan lancar walaupun cuaca mendung.

"Seperti di IPK Johor, kita menyediakan khemah bagi membolehkan anggota beratur dengan selesa selain dapat berlindung sekiranya hujan turun.

Iklan

"Jumlah keseluruhan anggota polis yang mengundi awal di seluruh Johor pula membabitkan 11,544 anggota," katanya.

Akmal Nasrullah ( kiri) hadir meninjau proses pengundian awal di Dewan Dato Onn IPK Johor, pada Selasa.

Secara keseluruhan, seramai 22,689 pegawai, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di seluruh negeri ini akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, tinjauan di IPK Johor mendapati, kira-kira 200 anggota serta pegawai polis mula beratur sejak jam 7.30 pagi.

Calon BN Parlimen Johor Bahru, Johan Arifin Mohd Ropi serta calon Pakatan Harapan (PH), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, turut hadir ke IPK Johor bagi meninjau proses pengundian awal di situ.