KELAB liga Divisyen tujuh, Ashton United berminat untuk menandatangani penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland secara pinjaman untuk tempoh 28 hari.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelab tersebut pada Isnin, tindakan itu dibuat bagi memastikan Haaland terus cergas dan mendapat minit permainan yang cukup memandangkan pasukannya ketika ini tidak akan bermain selama sebulan disebabkan Piala Dunia Qatar 2022.
Iklan
Iklan
Tindakan kami ini sebenarnya masuk akal kerana City tidak akan bermain sepanjang berlangsungnya Piala Dunia.
"Kami mahu membantu dengan memastikan Erling cergas dan ia lebih masuk akal daripada membiarkan pemain itu bermain golf selama enam minggu.
"Kami fikir dia sangat sesuai untuk bermain bersama pasukan kami dan akan membantu kami sepanjang tempoh pinjaman tersebut,” katanya
Untuk rekod, pemain berusia 22 tahun itu menyertai City dari Borussia Dortmund pada musim panas ini dan beraksi dengan cukup baik bersama pasukan yang diwakilinya ketika ini.
Haaland kini telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan dengan City kini berada di tangga kedua Liga Perdana Inggeris di belakang pendahulu, Arsenal.