Inkues Adib ditangguhkan minggu depan

Iklan

SHAH ALAM - Prosiding Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan kerana saksi ke-29 tidak hadir.

Ia berikutan, saksi tersebut, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Dr Shahrom Abd Wahid hanya disapina untuk tiga hari sahaja bermula Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Justeru, Koroner, Rofiah Mohamad menetapkan perbicaraan bersambung selama empat hari bermula 16 April depan.

Terdahulu, Pegawai Pengendali Inkues Faten Hadni Khairuddin memohon tarikh baharu untuk tujuan mensapina saksi.

Iklan

"Saksi ini (Dr Shahrom) masih diperlukan dalam pemeriksaan lanjut oleh pihak kami," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib ditarik keluar: Pakar

Sementara itu, Faten Hadni ketika ditemui pemberita berkata, selain Dr Shahrom, pihak akan turut memanggil semula saksi ke-24 dan ke-27 iaitu, Pakar Bedah Forensik HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Datuk Dr Mohd Shah Mahmood untuk memberi keterangan.

Iklan

Prosiding hari ke-26 ditangguhkan dan bersambung Selasa depan, jam 2.30 petang.

Muhammad Adib cedera parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara, selepas 21 hari dirawat.

Pada 12 Februari lalu, mahkamah koroner mengadakan lawatan ke lokasi insiden berdekatan Kuil Sri Maha Mariamman dan meninjau keadaan Fire Tender Rescue dan EMRS