Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas

Iklan
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-45 tahun ini (ME45/22) iaitu dari 6 hingga 12 November meningkat sebanyak 22 kes atau 1.3 peratus kepada 1,715 berbanding 1,693 berbanding pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada Selasa berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut Dr Noor Hisham, 37 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 19 kematian.

Katanya, jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME45/22 juga meningkat kepada 68 berbanding 50 pada minggu sebelumnya.

Iklan

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, 38 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (18), Kuala Lumpur dan Putrajaya (10) dan Perak serta Sarawak (masing-masing satu).

Mengenai survelan chikungunya katanya, enam kes direkodkan pada ME45/22 dengan tiga kes dari Pulau Pinang, Selangor (dua) dan Perak (satu).

Iklan

"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 688 kes,” katanya.

Bagi survelan zika, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,800 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif. - Bernama