Ronaldo mahu fokus bantu Portugal

Iklan
Cristiano Ronaldo menjalani latihan skuad Portugal bagi menghadapi saingan Piala Dunia Qatar 2022. -Foto EPA

PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo berkata, kontroversi wawancara di Manchester United tidak akan sesekali mengganggu persembahan menjelang kempen Piala Dunia Qatar 2022.

Katanya, tumpuan kini lebih terarah untuk membantu merealisasikan impian rakyat Portugal untuk memenangi Piala Dunia bersama rakan sepasukannya yang lain.

Iklan
Iklan

"Tumpuan penuh dan mutlak adalah untuk tugasan pasukan kebangsaan. Kumpulan pemain ini bersatu ke arah satu objektif iaitu merealisasikan impian semua rakyat Portugal,” kongsinya di akaun Instagram.

Pemenang lima Ballon d'Or itu mengkritik pengurus kelabnya, Erik ten Hag, Ralf Rangnick dan tokoh senior di Old Trafford dalam temu bual bersama Piers Morgan untuk rancangan TalkTV yang akan disiarkan sepenuhnya esok.

Iklan

Ronaldo berasa dikhianati oleh United sambil menganggap tiada kemajuan yang dicapai oleh kelab itu sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013.

The Red Devils kemudian mengeluarkan satu kenyataan bahawa temu bual itu akan diteliti dan berikrar untuk memberikan jawapan sebaik segala fakta diketahui.

Iklan

"Kelab akan mempertimbangkan untuk membuat maklum balas selepas fakta penuh diketahui.

"Fokus kami kekal pada untuk musim ini dan meneruskan momentum, kepercayaan serta kebersamaan yang dibina dalam kalangan pemain, pengurus, kakitangan dan peminat,” kata kelab tersebut.