PRU15: Calon MCA tak bimbang bersaing dengan calon Melayu

Iklan
Tony (kanan) ketika meninjau proses pengundian awal di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh di sini pada Selasa.

IPOH - Biarpun menjadi satu-satunya calon berbangsa Cina yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, Tony Khoo Boon Chuan yang mewakili BN tidak bimbang dengan peluang bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, penerimaan penduduk di sekitar kawasan DUN Tebing Tinggi amat baik memandangkan orang ramai sudah mengenalinya kerana pernah bertanding beberapa kali sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Walaupun saya seorang sahaja calon Cina di sini, saya mewakili BN yang di dalamnya ada UMNO, MCA dan MIC. BN merupakan parti yang masa susah senang kita tetap bersama rakyat. Menang atau kalah kita tak akan lari ke kawasan lain.

"Saya amat terhutang budi dengan UMNO Bahagian Ipoh Timur yang membantu saya sepanjang kempen kali ini. BN sudah pastinya menawarkan kestabilan politik untuk memastikan pentadbiran negeri dan negara berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal di Kompleks Latihan dan Sukan Polis Kontinjen Perak di Jalan Pasir Puteh di sini pada Selasa.

Iklan

Hadir sama meninjau proses tersebut, calon BN bagi Parlimen Ipoh Timur, Ng Kai Cheong dan calon BN bagi DUN Pasir Pinji, Soo Poh Yeow.

Kerusi DUN Tebing Tinggi menyaksikan pertandingan empat penjuru pada PRU15 apabila penyandangnya, Dr Abdul Aziz Bari dari Pakatan Harapan (PH) menentang calon Perikatan Nasional (PN), Mohammad Iskandar Abdul Rahman, calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Mior Nor Haidir Suhaimi serta Tony Khoo.

Iklan

Pada PRU14 lalu, kerusi berkenaan dimenangi Abdul Aziz apabila memperoleh majoriti 3,926 menewaskan Tony dan calon Pas, Mazlan Md Isa.