SHAH ALAM - Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak memaksa pelajarnya untuk menghadiri Program ‘Duty Of A Muslim As A Profesional’ oleh pendakwah Dr Zakir Naik yang akan diadakan pada 18 April ini.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, program diskusi ilmiah ini anjuran pelajar di bawah Kelab PERKIM, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM.