BAGAN DATUK - Pelaporan berita oleh agensi media termasuk media baharu ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuat secara beretika, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana media yang menyiarkan berita-berita palsu atau menyentuh sensitiviti kaum, agama serta institusi diraja sejak proses penamaan calon pada 5 November lalu.