Calon Bebas sedia peruntuk dana pasang 5,000 CCTV di Klang

Iklan
Deepak (kanan) hadir meninjau sekitar lokasi proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Klang pada Selasa.

KLANG - [DIKEMAS KINI] Pemasangan kamera litar tertutup di sekitar kawasan Klang amat penting dalam memastikan usaha mencegah kegiatan jenayah daripada terus berleluasa.

Calon Bebas Parlimen Klang, JR Deepak Jaikishan berkata, usaha mencegah jenayah antaranya boleh dilaksanakan dengan menambah dari segi bilangan kamera litar tertutup bagi mengekang aktiviti jenayah daripada berlaku.

Iklan
Iklan

"Mereka mempunyai tanggungjawab yang besar, tambahan pula kawasan Klang ini luas.

"Sebagai warga Klang, seandainya terpilih, saya bersama ahli perniagaan besar di Klang akan sedia untuk memberi peruntukan dengan sokongan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pemasangan 5,000 unit di Klang bagi mencegah jenayah di kawasan ini," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian ketika meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini pada Selasa.

Katanya, jenayah seharusnya dicegah daripada berlaku dengan menjalankan pemantauan pada setiap masa.

Iklan

"Kita lihat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, banyak CCTV yang dipasang, ini merupakan satu langkah baik dalam mencegah jenayah.

"Pemasangan CCTV sekali gus langkah yang amat berkesan, akan membuatkan para pelaku jenayah ini akan berasa khuatir melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," katanya.

Parlimen Klang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru yang melibatkan lima calon parti politik dan dua Bebas.

Calon bertanding termasuk V Ganabatirau (PH), Hedrhin Ramli (Bebas), Loo Cheng Wee (Warisan) dan S Chandrasegar (PRM).

Turut bertanding calon Perikatan Nasional (PN), Dr P Jaya Chandran; JR Deepak Jaikishan (Bebas) dan Tee Hooi Ling mewakili BN.