SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang lumpuh separuh badan, Sarjan Azmi Abdul Rani, 53, tidak dapat menahan kesedihan selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, pada Selasa.
Beliau yang datang dengan berkerusi roda, tiba kira-kira jam 10 pagi dan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk ke dewan mengundi.