BERITA SEMASA 15 NOVEMBER 2022
Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong tidak berhasrat untuk tampil membuat laporan polis sebaliknya memaafkan individu yang bertindak menconteng posternya, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Bekas Yang Dipertua DUN itu menyifatkan perbuatan yang dilakukan di sekitar bilik gerakan MCA, di Kampung Cina di Kuala Terengganu, pada Isnin lalu tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya dan menganggap individu berkenaan mungkin tidak siuman.
Jelas Mohd Zubir, beliau diterap dengan konsep kasih sayang sejak kecil menyebabkan isu itu tidak mempengaruhi emosinya melainkan jika perbuatan yang dilakukan mengancam nyawanya.
Artikel: https://bit.ly/3AgqEwp
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15