BURSA Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup pada Jumaat, 18 November ini bersempena cuti khas seperti yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Bursa Malaysia dan subsidiarinya akan menyambung semula operasi pada Isnin, 21 November 2022, kata pengendali bursa itu dalam satu kenyataan.
Iklan
Iklan
Ismail Sabri mengisytiharkan 18 dan 19 November sebagai cuti umum bagi membolehkan pemilih melaksanakan hak mereka untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, 19 November juga diisytiharkan sebagai cuti umum kerana mungkin terdapat beberapa syarikat daripada sektor swasta, terutama kilang, yang akan beroperasi pada hari itu, menyukarkan pekerja mereka untuk membuang undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Nov sebagai hari pengundian. - Bernama