KAJANG - Usaha membawa seorang wanita dengan berat badan 200 kilogram (kg) yang positif Covid-19 mengambil masa hampir sejam menggunakan sebuah lori dari sebuah hotel ke Hospital Kajang pada Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, Kapten Pertahanan Awam Roslan Lok berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bantu membawa mangsa ke hospital kira-kira jam 5.55 petang.