PADA Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kerusi Parlimen Gombak bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara tok guru dan bekas anak muridnya iaitu penyandang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mewakili Perikatan Nasional (PN) serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari daripada Pakatan Harapan (PH).
Selain dua figura politik popular itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Aziz Jamaludin Mohd Tahir (Putra) dan seorang calon Bebas, Zulkifli Ahmad turut mengintai peluang merampas kerusi panas itu.