Hina Agong perbuatan melampau

Iklan
Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - Kerajaan menyifatkan perbuatan sebuah laman Facebook bernama Sabah Sarawak Merdeka yang menghina Yang di-Pertuan Agong sebagai melampau.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan laman Facebook itu mengubah gambar Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah perbuatan menghina Raja yang melanggar undang-undang.

Iklan
Iklan

Muhyiddin berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun supaya menyiasat kes tersebut dengan segera dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membawa pelaku jenayah itu ke muka pengadilan.

"Ini adalah satu perbuatan melampau yang tidak melambangkan tatasusila rakyat Malaysia serta bercanggah dengan prinsip Rukun Negara.

Iklan

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara dengan niat untuk mencetuskan keadaan yang tidak harmoni dalam masyarakat,” katanya melalui kenyataan semalam.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, laman Facebook bernama Sabah Sarawak Merdeka memuat naik dua keping gambar secara berasingan yang menjelikkan berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Iklan

Gambar itu tular dan mendapat lebih 2,000 reaksi negatif daripada netizen.

Laman itu mula diwujudkan pada 27 November tahun lalu dan mempunyai seramai 4,324 pengikut.