SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,852 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,915,009.
Iklan
Iklan
Menurut portal KKMNOW, 12 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan tiada kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,566.
Terdapat 97 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.