Dua maut, peluru berpandu dilancarkan ke Poland

Iklan
Sebuah kawah yang terbentuk disyaki akibat bedilan peluru berpandu buatan Rusia di Przewodow, Poland pada Selasa. - Foto WoW - Wolski o Wojnie/Facebook

WARSAW - Sebuah peluru berpandu buatan Rusia membunuh dua orang di Poland pada Selasa ketika ia meletakkan tenteranya pada kesiapsiagaan lebih tinggi dalam perang di Ukraine.

Jurucakap Warsaw berkata, peluru berpandu itu membunuh dua orang di kampung Przewodow.

Iklan
Iklan

Namun, ia tidak mempunyai bukti konklusif tentang pihak manakah yang melancarkannya sambil menambah bahawa duta Rusia telah dipanggil untuk memberikan penjelasan terperinci dengan segera.

Warsaw meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga selepas mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara diadakan.

Iklan

"Terdapat keputusan untuk meningkatkan keadaan kesediaan beberapa unit tempur dan perkhidmatan beruniform lain," kata jurucakap Poland, Piotr Muller kepada pemberita selepas mesyuarat di Warsaw.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ketika bercakap melalui telefon dengan rakan sejawatannya dari Poland, Andrzej Duda menawarkan sokongan penuh dan bantuan dari AS, kata Rumah Putih.

Iklan

Poland dilindungi oleh komitmen pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terhadap pertahanan kolektif yang termaktub dalam Artikel 5 perjanjian penubuhannya.

Namun, tindak balas NATO itu mungkin akan banyak dipengaruhi sama ada insiden itu tidak disengajakan atau disengajakan.

Poland ialah anggota NATO.

Insiden itu mendapat kecaman meluas, dengan Ketua Kesatuan Eropah, Charles Michel berkata beliau terkejut dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggesa rundingan diadakan pada sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) yang sedang berlangsung di Indonesia.

Menteri Luar Ukraine. Dmytro Kuleba menolak sebagai idea teori konspirasi bahawa letupan di Poland mungkin disebabkan oleh peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan oleh tenteranya.

Kementerian Pertahanan Rusia turut menolak laporan bahawa ia harus dipersalahkan kerana melakukan provokasi bertujuan untuk meningkatkan ketegangan. - Agensi