PRU15: 80 peratus perantau Kelantan dijangka pulang mengundi

Iklan
Wan Nik

KOTA BHARU - Sejumlah 80 peratus anak perantau Kelantan di seluruh negara dijangka pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pas Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusoff berkata, jumlah itu disasarkan menerusi kajian yang dibuat di bawah Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan.

Iklan
Iklan

"Kira-kira 150,000 rakyat Kelantan merantau dengan bekerja atau belajar di luar negeri ini di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"80 peratus daripada jumlah mereka itu memberikan respons positif akan pulang ke Kelantan untuk mengundi pada PRU15,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pas Kelantan, di sini, pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, pengundi di Kelantan pada pada PRU lalu berjumlah 1.1 juta orang dan meningkat kepada 1.4 juta pada PRU kali ini hasil pertambahan sekitar 300,000 pengundi muda seawal usia 18 tahun.

"Banyak siri pertemuan yang diadakan merangkumi sesi libat terbaharu sejumlah 15 perjumpaan dibuat sejurus pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi menyampaikan hasrat serta komitmen Pas untuk terus berada di Parlimen,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau mengakui sukar menarik lebihan 20 peratus lagi perantau Kelantan untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka memilih kerajaan nanti.

"Ada yang banyak komitmen ditambah dengan keadaan banjir menyebabkan sebahagian mereka tidak dapat pulang.

"Kelantan juga dijangka mulai sesak bermula malam ini (Rabu) apabila penuntut universiti dan pelajar mula pulang manakala yang bekerja dijangka bertolak balik Khamis malam,” katanya.

Tambah Dr Wan Nik, pengusaha pengangkutan awam juga dicadang menambahkan jumlah perkhidmatan untuk membawa pulang pengundi dengan lancar ke Kelantan.