JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan untuk menggantikan hari kelepasan am untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Jumaat ini kepada Ahad.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, penggantian tersebut sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Johor yang keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
"Ini adalah demi kesejahteraan hidup rakyat Johor dan Malaysia amnya, melangkaui lima tahun akan datang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada PRU15.
Sejak 1 Januari 2014, cuti minggu di negeri ini jatuh kepada hari Jumaat dan Sabtu.