PRU15: GTA mampu menang lebih satu kerusi

Iklan
Dr Mahathir hadir pada program kebangkitan rakyat Kelantan bersama negarawan di Salor, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU - Gerakan Tanah Air (GTA) mampu memenangi lebih satu kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus menangkis kajian dibuat oleh Merdeka Center.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hasil turun padang yang dilakukan mendapati sokongan rakyat terhadap parti tersebut semakin baik.

Iklan
Iklan

"Ia dapat dilihat apabila rakyat memberi isyarat mahu menukar kerajaan yang ada pada hari ini.

"Orang Melayu mulai sedar bangsa mereka hendak dihapuskan dan menjadi miskin. Oleh itu GTA akan berjuang untuk membela nasib mereka," katanya semasa sidang akhbar pada program kebangkitan rakyat Kelantan bersama negarawan di Salor, di sini pada Rabu.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir percaya beliau mampu mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenangi pada PRU14 lalu.

Katanya, sokongan yang diterima beliau ketika ini cukup baik sekali gus meletakkan GTA berada dalam kedudukan terbaik.

Iklan