PRU15: Suara kerap hilang - Tun M

Iklan
Tun M masih sihat dan kuat untuk menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan berkempen sepanjang PRU15.

KOTA BHARU - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau mesra disapa Tun M memberitahu suaranya kerap kali hilang disebabkan kesibukan berkempen sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Parlimen Langkawi itu berkata, beliau masih sihat dan kuat untuk menjelajah ke seluruh negara bagi tujuan berkempen.

Iklan
Iklan

"Semalam saya pi Langkawi balik hari, sebab ada perjumpaan lain di Ampang.

"Hari ini, saudara Ibrahim Ali (Datuk Ibrahim Ali) letak macam-macam program tak bagi saya bernyawa," katanya berseloroh ketika ditanya media tentang keadaan kesihatan beliau.

Iklan

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu hadir pada program kebangkitan rakyat Kelantan bersama negarawan di Salor, di sini pada Rabu.

Dr Mahathir masih mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU14.

Iklan

Beliau akan ditentang calon Datuk Armishah Siraj (BN), Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Datuk Abd Kadir Sainudin (Bebas).