Dua cedera, lapan kenderaan rosak dirempuh kren

Iklan
Keadaan di lokasi kemalangan.

RAWANG - Dua cedera dan lapan kenderaan rosak selepas dipercayai dilanggar jentera kren di Jalan Batu Arang, menghala ke Rawang, dekat Rawang sekitar jam 9 pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.18 pagi sebelum petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang bergerak ke lokasi.