PRU15: Calon 'underdog' ada kelebihan di Penampang

Iklan
Kenny Chua

PENAMPANG - Walaupun dikatakan sebagai calon 'underdog' namun calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen Penampang, Kenny Chua Teck Ho tetap mempunyai kelebihannya sendiri untuk meraih undi daripada rakyat di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, memang ada terdapat persaingan dengan dua nama 'gergasi' di Parlimen Penampang namun yakin dengan gerak kerja selama ini mampu menambat hati pengundi di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Memang orang cakap saya 'underdog', tetapi kelebihan saya berada dalam kerajaan dan sebelum saya menjadi wakil rakyat pun atau selepas saya menjadi mantan wakil rakyat (bekas ADUN Inanam) saya sentiasa turun padang membuat kerja.

"Tidak mengira apa-apa pun, jawatan atau permintaan, bukan dari segi itu sebab kami mempunyai pusat perkhidmatan sendiri dan setakat ini ramai yang kami bantu dan sangat positif.

Iklan

"Jadi kalau dibandingkan dengan dua 'giant' ini memang ada kelebihan sebab mereka adalah timbalan presiden parti, satu lagi akan datang sebagai presiden parti, tetapi kalau soal turun buat kerja, saya rasa saya lebih mendahului daripada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Operasi GRS di Kapayan, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pandangannya apabila dilihat tidak memberi saingan kepada dua lagi calon gergasi iaitu penyandang kerusi Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan) dan Datuk Ewon Benedick yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Iklan

Sehubungan itu, Kenny Chua berpandangan bahawa rakyat di Penampang mahukan seorang wakil rakyat yang sentiasa ada bersama mereka.

"Jadi saya rasa ini lebih penting untuk penduduk di sini, pengundi di sini yang mahukan wakil rakyatnya boleh sentiasa bersama rakyat dan boleh menyelesaikan masalah rakyat," katanya.

Kenny Chua yang juga bekas ADUN Inanam turut mengakui kelebihan yang ada kepadanya sebagai wakil rakyat di kawasan Inanam akan memberi ruang kepadanya untuk mentadbir Penampang.

"Trek rekod saya di Inanam ada pelbagai usaha yang dilaksanakan ini termasuk memperbaiki jalan kampung, balai raya, naik taraf ekonomi penduduk kampung dari segi ekopelancongan dan juga klinik kesihatan di sana banyak yang saya bantu dan ada menggunakan dana saya sendiri.

"Jadi saya yakin sebab saya ada dalam kerajaan, kalau boleh kita minta semua pengundi di Penampang berilah kami peluang untuk mentadbir Penampang, satu penggal saja kalau saya tidak buat yang terbaik, pengundi juga akan membuat pilihan membuang saya," katanya.