BERA - Pengundi tidak wajar terpengaruh dengan ramalan atau dapatan kajian badan bebas mengenai sentimen penerimaan pengundi terhadap BN yang didakwa ketinggalan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ia hanya propaganda pihak tertentu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dapatan itu yang banyak tular di media sosial, juga boleh dilihat sebagai perang psikologi daripada parti pembangkang untuk menarik pengundi, khususnya mereka di atas pagar supaya menyokong mereka.
"Itu (ramalan) propaganda dan kita kena lihat ke arah mana mereka cenderung. Setiap parti ada terlibat dengan syarikat yang akan membuat survei, jadi kalau mereka (syarikat terlibat) dibayar oleh parti yang berkaitan, maka laporan mereka (dilihat) akan lebih (menyokong) parti itu.
"Bagi saya, kita jangan terpengaruh (dengan dapatan kajian itu),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Sembang Santai Mengkarak, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa laporan daripada badan bebas dan pemerhati yang membuat ramalan berhubung penerimaan rakyat terhadap parti politik yang bertanding PRU15, yang mendakwa BN ketinggalan untuk memenangi kerusi Parlimen berbanding parti lawan.
Sementara itu, Ismail Sabri yang juga calon BN bagi Parlimen Bera berkata, bagi fasa akhir kempen PRU15, jentera BN perlu mempromosikan lagi tawaran yang digariskan dalam manifesto khususnya di media sosial bagi memastikan rakyat kekal menyokong gabungan itu.
Beliau berkata, usaha 'menjual produk BN' di samping bekerja keras menjawab dan menerangkan kepada rakyat berhubung tuduhan atau propaganda yang dilemparkan pihak lawan perlu diperkasakan, termasuk di media sosial kerana platform tersebut banyak melibatkan golongan muda.
"Sentimen dan sokongan anak muda kepada BN semakin baik, di Bera dan juga laporan yang saya terima dari tempat lain. Untuk mendekati anak muda, BN perlu kuasai kerana pengundi muda bergantung dengan media sosial (untuk mengetahui perkembangan semasa). Pembohongan parti lawan di media sosial boleh pengaruhi mereka," katanya.
Selain itu, Perdana Menteri juga berkata, BN tidak boleh selesa dalam PRU15 dan perlu terus bekerja keras bagi meyakinkan pengundi, terutamanya pada saat-saat akhir tempoh berkempen kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
"Jangan kata selesa, tiada sesiapa yang boleh isytihar mereka pasti menang termasuk saya. Tidak lagi boleh selesa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang pada awalnya kata BN akan menang, boleh peroleh majoriti tetapi akhirnya tidak," kataya.
Ditanya mengenai potensi BN di Pahang, Ismail Sabri optimis BN dapat terus menerajui pentadbiran negeri itu.- Bernama