PRU15: Mahu wujudkan bandar baharu di Simpang Raya

Iklan
Syed Abu Hussin Hafiz

BUKIT GANTANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mahu mewujudkan bandar baharu di Simpang Raya jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, bandar itu akan menempatkan sebuah sekolah khas bernilai RM74 juta dan pembangunan bercampur dalam usaha memajukan kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita jangka dalam tempoh lima tahun sebuah bandar baharu akan menjadi kenyataan di Simpang,” katanya dalam sidang media pada Program Jelajah Prihatin Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Bersama Nelayan Sungai Tinggi di Jeti LKIM Kuala Terong dekat sini.

"Kita juga akan menganjurkan pesta durian di Bukit Gantang dan sport-tourism, motorcross dan Kelab Bolasepak Bukit Gantang FC untuk membangunkan kawasan ini.

Iklan

Beliau dalam pada itu berkata, rakyat di Bukit Gantang kecewa kerana lebih 20 kampung terdedah dengan banjir.

Syed Abu Hussin berkata, jika dipilih pada PRU15 ini, masalah banjir akan diatasi dengan memohon membesarkan takungan air dan membersihkan parit yang tidak dibersihkan.

Iklan