SPR boleh tunda pengundian, adakan semula pilihan raya

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Proses pengundian bagi Kerusi Parlimen Padang Serai akan ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Penganalisis Pilihan Raya, Dr G Manimaran berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat keputusan berhubung tarikh baharu bagi melaksanakan proses pengundian.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, perkara itu termaktub di bawah Peraturan 11(6) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

"Bagi calon-calon yang sedia ada, mereka akan kekal dan layak untuk bertanding pada kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Padang Serai di Kedah, M Karupaiya yang meninggal dunia pada Rabu kerana serangan jantung.

Mendiang yang merupakan ahli PKR memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 8,813 selepas menewaskan Datuk Dr Leong Yong Kong daripada MCA dan Muhammad Sobri Osma (Pas).

Iklan

Karupaiya yang kembali dicalonkan menentang C Sivaraaajh dari MIC dan tiga yang lain pada pengundian 19 November ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status undi awal dan undi pos, Manimaran berkata, ia terbatal kerana SPR akan mengeluarkan kertas undi baharu.

"Pegawai Pilihan Raya akan maklum kepada SPR untuk menghentikan pengundian dan SPR akan keluarkan notis baharu.

"Ini bermaksud akan ada proses penamaan calon semula dan kertas undi baharu akan dikeluarkan,” jelasnya.