KUALA LUMPUR - Harga runcit RON95, RON97 dan diesel, masing-masing kekal bagi tempoh 17 hingga 23 November ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga runcit RON97, RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM3.95, RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Iklan
Iklan
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataaan itu. - Bernama