Pengundi muda di Sabah tuntut pembangunan
BERITA SEMASA 16 NOVEMBER 2022
Teruja mengundi sebagai pengundi muda selepas Undi18 diwartakan, rata-rata anak muda di pendalaman menyuarakan dengan tegas menuntut kawasan mereka diberi keutamaan untuk dibangunkan terutama di Sipitang, Sabah, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ora Orena Massiyas, dari Kampung Meligan, berkata, peluang mengundi ini tidak akan disia-siakan demi melihat perubahan pembangunan di kawasannya terutama capaian internet.
Bagi, seorang lagi pengundi muda, Nurul Ain Abdul Halim dari Kampung Nusalalung, Pulau Bum-Bum, Semporna, mengakui teruja untuk mengundi pada Sabtu ini.
Katanya, calon dari Warisan, BN, GRS dan Bebas yang boleh memberi perubahan di Semporna akan menjadi pilihan.
Artikel: https://bit.ly/3gcAVTF
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15